Monday, February 4, 2013

Ohhh No CHICKEN POX !!!!

Asalamualaikum korang, tiba - tiba tengah bosan rasa nak update pulak kesengsaraan aku selama 2 minggu kena chicken pox ni pun belum pulih sepenuhnya lagi makan still kena pantang . okay lah 21january 2013 aku disahkan kena chicken pox, tak tipu !!! memang siapa yang kena tu lagi - lagi time korang kena ni bila time remaja memang sengsara , pressure sangat yelah dengan demam panas menggigil - gigilnya. tekak bengkak nak telan ubat pun susah, lagi - lagi tengok bintik - bintik merah tu tumbuh merata tempat kat satu badan, Nak - nak lagi dia tumbuh kat muka. Aku sampai nak tengok cermin pun takut takda self - confidence. nak tak nak kena lah jugak sebab  nak kena sapu ubat kat muka, nasib baik lah benda ni kena sekali seumur hidup kalau banyak kali memang tak tertanggung aku dibuatnya. 2 minggu makan sup sayur rebus je. sampai naik kembang tekak aku ni hari - hari makan sayur hijau. nak buat macam mana dah kena demam campak makan pun kenalah pantang  Aku dari kecik tak pernah kena sampai lah umur aku 18 tahun ni pun sebab berjangkit dengan adik aku. Aku cakap dengan dia seumur hidup aku tak pernah kena demam campak tengok - tengok 2 minggu lepas tu terus demam panas. nak ikutkan adik aku punya lagi teruk  bintik - bimtik dia sebab dia kecik lagi bukan nya tahu nak pantang makan apa dia pun bedal je. mak aku tegur sekali. lepastu dia buat balik. yela budak kecikkan. Hahah kena chicken pox ni kawan aku sampai gelak yela orang kena chicken pox time kecik aku kena time dah besar macam ni. memang tekanan gila lagi - lagi dia tumbuh kat kepala. gila gatal !!! dah gatal aku garu lah lepas tu dia jadi bengkak and nanah. Sakit sangat kepala sampai tak boleh tidur malam, kepala pun tak boleh baring so 2 hari aku tidur duduk dah kepala aku tak boleh tahan sakit sangat. So kesimpulan dia kalau chicken pox tu tumbuh jangan lah gatal tangan korang kopek. Dekat muka pun aku kopek jugak dekat pipi , dahi , kening last2 dia jadi bernanah aku dah takut tengok muka so terus ajak mama pergi klinik. Pergi klinik doctor kata jangan garu so sejak dari tu aku tidur pakai sarung tangan yang orang main ice skate tu . nak elak PUNYA PASAL dari tergaru nanti lagi teruk jadinya. Aku ingat lagi time sampai je klinik tu nurse tu tengok muka aku semua macam tengok apa je . Jumpa doktor tu dia kata kalau chicken pox tahap remaja ni kena lah jaga elok2 sebab yang terkejutnya dia cakap boleh "MANDUL" tak paham jugak ? dalam erti kata lain kalau korang kahwin tak boleh ada anak lah. Doktor tu cakap sampai ada patients dia masuk wad sebab tak jaga chicken pox betul - betul . Yelah makan mana boleh sebarangan , minum pun tak bolehlah yang ber-ais. and doktor tu pun sarankan supaya jangan mandi masa kena cicken pox tu just lap2 badan je. Aku sampai seminggu tak mandi lap2 badan je. hari ke-7 memang tak tahan kepala ni macam dah berjelubung dalam minyak je. so pergi lah mandi baru rasa segar balik lepas 7 hari lap2 badan je. hehehe .Pergi klinik doktor bagi 3 ubat makan nama dia ubat Antiviral, Antiviral ni memang khas untuk demam campak sehari makan 5 kali, ubat antibiotik and ubat gatal. And lagi 1 doctor tu bagi ubat sapu colour pink. Nama dia "Calamine Lotion" memang elok lepas berapa hari dia terus kering tapi korg kene rajin pakai lah macam aku doctor suruh pakai 2kali aku pakai 3kali sehari , nak elok punya pasal :) ouhhh yaa lagi satu doctor ada cakap jugak chicken pox Malaysia ni sekarang dengan dulu dah tak sama. mak aku pun cakap dia kata dulu masa mama kecik- kecik kena bintik-bintik  dalam tu ada air putih je. tapi sekarang tengok korang kena bernanah tak macam orang dulu. Doctor tu cakap chicken pox dekat Malaysia sekarang ni tak macam dulu sebab orang dari negara asing macam indon , bangla banyak masuk negara kita so penyakit and virus-virus dari luar dibawa ke Malaysia. So korang yang kerja kilang ada warga asing tu jaga - jaga lah ye :)

Jangan Ambik Benda Time Kena Demam Campak :

: Ikan , Ayam , Daging , Udang , Ikan Bilis , Belacan , Benda berminyak , Benda bergoreng , Telur

: Air Sejuk pun tak boleh

Benda Disarankan Ambil Time Kena Demam Campak 

: Air Kelapa ( mengurangkan panas ketika demam campak & mengeluarkan bintik-bintik chicken pox  yang ada dalam badan kita *so senang lah nak baik and  nak sapu cream tu kalau bintik2 tu semua keluar dari badan )

: Sup Sayur Kosong (sayur + air + bawang putih + bawang merah + garam = siap ^-^) "recommended by the doctor"







No comments:

Post a Comment